Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Di kawasan Kampung Srijaya terdapat beberapa buah kampung lagi yang berdekatan seperti Kampung Srijaya Baru, Kampung Sri Serdang, Kampung Pasir dan Kampung Pengkalan Rinting. Jumlah penduduk disini adalah lebih dari 1000 orang.

Penduduk kampung bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi membantu membangunkan negara ini termasuk perindustrian, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain lagi. Penduduk kampung ini majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Di sini juga terdapat beberapa buah sekolah rendah, sekolah menengah dan tabika kemas untuk memudahkan anak-anak di kampung ini mendapatkan pendidikan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


KISAH KEJAYAAN: DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017

Berita Terkini | 10 - 20 Mei 2018

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada bekas peserta Digi-Petrosains Robotic Program 2017 iaitu adik Amin Bin Mohd Razak dari SMK Dato' Abdul Rahman Yassin, Johor Bahru, Johor kerana telah berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan 'INTEL INTERNATIONAL SCIENCE AND ENGINEERING FAIR (INTEL ISEF) 2018' yang telah diadakan di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat (USA) pada 10 - 12 Mei 2018 yang lalu... baca selanjutnya

Mini Karnival Sayangi Malaysiaku

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 61 tahun bersama-sama penduduk setempat dan meraikan ahli-ahli Pusat Internet Pekan Nanas yang hampir mencecah 700 orang selama pusat internet sudah 3 tahun beroperasi... baca selanjutnya

Program Cuti Sekolah

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2018

Kanak-kanak ahli Pusat Internet telah menyertai Program Cuti Sekolah. Di antara aktiviti yang diadakan termasuklah Perlawanan Badminton dan Permainan Rakyat seperti Congkak dan Batu Seremban... baca selanjutnya

Taklimat Klik Dengan Bijak Dan Program Kepimpinan Khalifah Genius

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2018

Program ini telah dijalankan dengan jayanya. Di samping itu para pelajar dapat meningkatkan keyakinan daripada diri mereka. Selain itu, mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah disampaikan... baca selanjutnya

World #Quran Hour

Aktiviti Terkini | 7 Jun 2018

Program tahunan World Quran Hour dan Malaysia Quran Hour bermatlamat untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran... baca selanjutnya

Program Permainan Bingo & Batu Seremban

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2018

Bertujuan untuk mengalakkan berinteraksi secara positif dan menimbulkan keseronokan dan gurauan sesama rakan... baca selanjutnya

Program Rakan Muafakat Taman & Komuniti Muafakat

Aktiviti Terkini | 22 April 2018

Pentingnya tapak permainan kanak-kanak di dalam komuniti bagi memberi ruang bermain yang selesa dan kondusif. Justeru, pelancaran taman permainan kanak-kanak yang telah dibaikpulih dan mesra kanak-kanak ini penting bagi memberi kemudahan terbaik kepada golongan cilik... baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Kampung Sri Jaya

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2018

Objektif utama program Hari Terbuka ini dijalankan ialah bagi mempromosikan PI1M dan memberi kesedaran tentang kepentingan dan keburukan penyalahgunaan internet. Ia juga bagi menjalin... baca selanjutnya

Kelas Ict: MS Excel

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2018

Bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan pengunaan Microsoft Excel dengan lebih mendalam... baca selanjutnya

Kursus Usahawan: Kursus Kemahiran Jahitan Quickwin & Taklimat PI1M

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2018

Seramai 20 orang peserta yang rata-rata terdiri daripada surirumah diberi bimbingan kelas jahitan Quickwin: Jahitan Cadar dan Sarung Bantal yang diajar oleh usahawan jahitan dan... baca selanjutnya

Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)- Fasa 1 Dan Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih M@Myagro

Aktiviti Terkini | 8 Februari 2018

Pendedahan tentang applikasi myagromkepada pegawai kerajaan bahagian pertanian serta menerangkan fungsi PI1M sebagai tempat penggunaan internet utk setiap pegawai pertanian mengumpulkan semua usahawan, petani, penternak dan nelayan mengisi data berkaitan dalam applikasi tersebut... baca selanjutnya

Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi(Anjuran Bersama CMCF)

Aktiviti Terkini | 10 Januari 2018

Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya