Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Di kawasan Kampung Srijaya terdapat beberapa buah kampung lagi yang berdekatan seperti Kampung Srijaya Baru, Kampung Sri Serdang, Kampung Pasir dan Kampung Pengkalan Rinting. Jumlah penduduk disini adalah lebih dari 1000 orang.

Penduduk kampung bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi membantu membangunkan negara ini termasuk perindustrian, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain lagi. Penduduk kampung ini majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Di sini juga terdapat beberapa buah sekolah rendah, sekolah menengah dan tabika kemas untuk memudahkan anak-anak di kampung ini mendapatkan pendidikan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya

Pertandingan Indoor Game Bekerjasama Dengan PI1M Srijaya dan PI1M Gelang Patah

17 Oktober 2015

PI1M Srijaya berkerjasama dengan PI1M Gelang Patah mengadakan pertandingan indoor game di Pusat Internet Sri Jaya. Seramai 30 orang yang memasuki pertandingan ini... baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI MALAYSIA BERSAMA TABIKA KEMAS SRI JAYA

13 September 2015

Pada tanggal 16 September adalah tarikh dimana seluruh negara Malaysia menyambut hari Malaysia. PI1M Srijaya dapat menyambut bersama murid-murid dan guru-guru dari Tabika Kemas Sri Jaya... baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Tabika Kemas Seri Serdang Bersama PI1M Sri Jaya Sempena Bulan Kemerdekaan yang Ke-58.

31 Ogos 2015

31 Ogos adalah hari keramat bagi Malaysia yang mana Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke 58. Seperti biasa semua rakyat Malaysia menyambut hari Merdeka setiap tahun... baca selanjutnya

Program Komuniti Sihat Perkasa Negara dan Karnival Kesihatan di Kampung Seri Serdang Baru.

22 Ogos 2015

PI1M Sri Jaya berkerjasama bersama Panel Klinik Kesihatan Tampoi, JKKK Kampung Seri Serdang Baru dan Ahli Majlis MBJB Zon Tampoi untuk menjayakan program KOSPEN... baca selanjutnya

Seminar Sukarelawan Kospen di Hospital Permai, Johor Bahru !!!

9 Ogos 2015

Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini... baca selanjutnya

Jamuan Sempena Hari Raya di Kampung Sri Jaya dan Kampung Pasir!!

8 Ogos 2015 dan 16 Ogos 2015

Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Kampung Seri Jaya dan Kampung Pasir mengadakan jamuan hari raya. Program tersebut telah berlangsung pada 8 Ogos 2015 di Masjid Kampung Pasir, manakala di Balairaya Seri Jaya pada 16 Ogos 2015... baca selanjutnya

Mesyuarat KOSPEN bersama Ketua Penghulu KG Pasir, wakil dari Klinik Tampoi dan penduduk Kg Sri Serdang Baru !!

5 Ogos 2015

Alhamdullilah.. PI1M Sri Jaya dijemput oleh Ketua Penghulu Kampung, Tuan Hj Abas Bin Said bersama-sama menjayakan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Karnival Kesihatan... baca selanjutnya

Sesi Perkenalan dengan cikgu dan murid di Tadika Kemas Seri Serdang dan Seri Jaya !!

2 Ogos 2015

PI1M Sri Jaya mengunjungi Tadika Kemas Seri Serdang dan Seri Jaya untuk mengenali guru dan murid - murid... baca selanjutnya