INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
Informasi Komuniti

Di kawasan Kampung Srijaya terdapat beberapa buah kampung lagi yang berdekatan seperti Kampung Srijaya Baru, Kampung Sri Serdang, Kampung Pasir dan Kampung Pengkalan Rinting. Jumlah penduduk disini adalah lebih dari 1000 orang.

Penduduk kampung bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi membantu membangunkan negara ini termasuk perindustrian, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain lagi. Penduduk kampung ini majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Di sini juga terdapat beberapa buah sekolah rendah, sekolah menengah dan tabika kemas untuk memudahkan anak-anak di kampung ini mendapatkan pendidikan.

Rekreasi & Pelancongan
Informasi Tempat-Tempat Menarik

Di Kampung ini juga terdapat beberapa buah tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Taman Rekriasi Sungai Skudai. Sungai tersebut terdapat pokok-pokok bakau yang menjadi tempat habitat ikan-ikan seperti ikan keli, sembilang dan patin. Penduduk di sini selalu menghabiskan masa mereka dengan memancing ikan di sini. Di sini juga kerap diadakan pertandingan memancing yang di taja oleh Pemuda Umno di sini.

Selain itu, Kampung Srijaya juga berhampiran dengan Plaza Angsana, Tampoi. Plaza Angsana adalah tempat terbesar untuk membeli belah di Johor Bahru.

Kedai Makan Menarik

Di Kampung Pasir bersebelahan dengan Kampung Sri Jaya terdapat 1 kedai makan yang sangat terkenal di Johor Bahru ini. Kedai ini menjual makanan tengahari sahaja. Kedai makan tersebut mendapat sambutan dengan masakan siput sedut masak lemak dan ikan sembilang asam pedas. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Ikan bakar dan juga ikan siakap goreng juga adalah menu pilihan pelanggan di kedai ini.

Hotel dan Homestay

Berdekatan dengan Kampung Sri Jaya terdapat hotel dan beberapa homestay yang sangat sesuai untuk menginap. Hotel yang berdekatan dengan Kampung Sri Jaya ialah JB City Hotel.


JB City Hotel

Homestay pula antaranya ialah di Delima Homestay dan Sand Village Homestay di Kampung Pasir


Delima JB Homestay

  1. No 5, Jalan Dato Haji Mohd Said, Kampung Pasir, 81200 Tampoi
  2. Muhammad Aizat (019-794 6490)
<


Sand Village Homestay
  • Jalan Limau, Kampung Pasir, 81200 Tampoi
  • Rabiah (013-625 9917)
  • Kemudahan Awam

    Terdapat pelbagai kemudahan yang ada di sekitar iaitu: - MMI Industries Sdn. Bhd.
    - Pusat Belajar Memandu Sri Jaya Sdn. Bhd.
    - Balai Serbaguna Kampung Sri Jaya Baru
    - Masjid Kg.dato Sulaiman Menteri
    - Surau Kampung Sri Jaya
    - Panel Klinik Kesihatan Tampoi

    Pendidikan

    Terdapat pelbagai kemudahan yang ada di sekitar iaitu: - Sekolah Tadika Sri Serdang
    - Sekolah Kebangsaan Seri Maju Jaya
    - Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting
    - Sekolah Kebangsaan Sungai Melayu

    Kisah Kejayaan

    Muhd Alif Irsyad Bin Razali
    Celik IT

    Umur:
    7 tahun

    Alamat:
    Jalan Semangka 5, Kampung Sri Jaya, 81200 Tampoi, Johor Bahru, Johor

    Keahlian PI1M:
    5/5/2015

    Bentuk Celik It:
    Kemahiran menggunakan perisian

    Kisah Kejayaan:
    Latar belakang: Beliau adalah seorang pelajar sekolah tinggal bersama neneknya di Kampung Sri Jaya. Beliau merupakan salah seorang pengguna komputer di Pusat Internet 1 Malaysia.

    Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
    Beliau tidak tahu mengenai penggunaan komputer secara asas dan internet. Beliau hanya mengikuti rakan-rakannya pergi ke Pusat Internet 1 Malaysia ini untuk mengenali penggunaan teknologi ini.

    Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
    Melalui penglibatan beliau bersama Pusat Internet 1 Malaysia ini, beliau kini tahu menggunakan komputer secara asas dan internet. Beliau juga selalu mengikuti kelas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet 1 Malaysia. Beliau tahu menggunakan Microsoft Office dan internet dengan baik. Antara kelas yang pernah dihadiri oleh beliau ialah Microsoft Word, Microsoft Power Point dan E-Learning (ABCYA.com, Letzhop dan Math-Games).

    Maklumbalas Pendapat:
    Pengurus/ Penolong Pengurus PI1M banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Hasil dari bantuan PI1M, gaya hidup saya berubah kepada yang lebih bagus dan penuh dengan ilmu ICT di dada. Tidak lupa juga, peningkatan dari segi teknik lukisan yang telah saya pelajari dari internet. Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Digi & SKMM kerana memilih kampung parit penghulu sebagai salah satu cawangan Pi1M di Sungai Rambai yang tercinta ini.

    Apa yang dipelajari melalui PI1M:
    - Cara penggunaan komputer.
    - Troubleshooting komputer.
    - Word dan sebagainya.
    - Cara melayari internet secara selamat.
    - Online banking.

    Berikut adalah gambar-gambar mengenai Muhd Alif Irsyad Bin Razali:


    Keusahawanan

    Pengusaha ‘Otak-Otak JB’ juga adalah usahawan yang lahir di sini. Sebut sahaja ‘Otak-otak JB’ nama itu memang tidak asing dalam kalangan masyarakat di negeri ini, malah penduduk Sabah, Sarawak dan Singapura turut mengakui keenakannya. Antara keistimewaan otak-otak keluaran Mr. Noh JB Sdn. Bhd. yang telah beroperasi kira-kira sembilan tahun lalu ialah keaslian resipinya. Bukan sahaja otak-otak yang dijual, produk lain turut mendapat sambutan seperti popia otak-otak, karipap otak-otak, keropok lekor dan satar.